Menurut Kenyataan Pengurusan Kolej Ketengah:
Halaman Facebook dan akaun Instagram tersebut bukan milik atau diuruskan oleh Kolej Ketengah. Kolej Ketengah tidak bertanggungjawab atas segala aktiviti yang dijalankan oleh pemilik halaman tersebut.
Pemilik halaman tersebut telah menggunakan logo, nama, dan gambar-gambar milik Kolej Ketengah tanpa kebenaran untuk tujuan yang tidak diketahui. Pihak Kolej Ketengah menegaskan bahawa segala tawaran atau iklan yang dimuat naik melalui kedua-dua halaman Facebook dan akaun Instagram tersebut adalah tidak sah dan boleh menimbulkan keraguan.