Waspada Taktik Penggodaman Telefon Melalui Muat Turun Fail .APK

TULAR:
82

Menurut kenyataan PDRM JSJK:

Penggodaman telefon pintar adalah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data, mengakses maklumat kewangan dan seumpamanya.

Antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan tahun 2023 adalah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui fail aplikasi (APK) yang bersamanya ditanam ‘perisian hasad’ atau ‘Malware’.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan tersebut biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa. Sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari. Akses ini akan membolehkan penjenayah untuk mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM JSJK

Instagram Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI