Waspada Halaman atau Akaun Media Sosial Palsu yang Menggunakan Identiti Kolej Ketengah

TULAR:
518

Menurut Kenyataan Pengurusan Kolej Ketengah:

Halaman Facebook dan akaun Instagram tersebut bukan milik atau diuruskan oleh Kolej Ketengah. Kolej Ketengah tidak bertanggungjawab atas segala aktiviti yang dijalankan oleh pemilik halaman tersebut.

Pemilik halaman tersebut telah menggunakan logo, nama, dan gambar-gambar milik Kolej Ketengah tanpa kebenaran untuk tujuan yang tidak diketahui. Pihak Kolej Ketengah menegaskan bahawa segala tawaran atau iklan yang dimuat naik melalui kedua-dua halaman Facebook dan akaun Instagram tersebut adalah tidak sah dan boleh menimbulkan keraguan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kolej Ketengah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI