SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan produk Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi yang didapati tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua produk hand sanitizer perlu dirujuk dengan KKM sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan.
Semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.