Dakwaan Hospital Tuanku Fauziah Menggunakan Termometer Ke Dalam Mulut Ketika Proses Saringan Kesihatan Pesakit COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1644

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Perlis:

Pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar telah menerima pertanyaan daripada pihak Muslim Care berkaitan peralatan yang diperlukan bagi pengurusan wabak COVID-19.

Jawatankuasa pengurusan wabak COVID-19 HTF telah menyenaraikan beberapa peralatan termasuk termometer dahi yang diperlukan untuk kauner saringan.

HTF menafikan kenyataan yang ketika ini HTF menggunakan termometer yang dimasukkan ke mulut bagi pengurusan pesakit atau disyaki COVID-19.

SUMBER:

Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI