Waspada Hand Sanitizer Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi Yang Tidak Mendapat Kelulusan KKM

TULAR:
6874

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan produk Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi yang didapati tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua produk hand sanitizer perlu dirujuk dengan KKM sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan.

Semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI