WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan amaran cuaca yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Jabatan Meterorologi Malaysia (MMD) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada yang melibatkan negeri-negeri berikut :
1. Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.)
2. Terengganu
3. Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan dan Rompin)
4. Johor (Daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi)
Amaran dikeluarkan berikutan luruan monsun dari pedalaman Negara China yang dijangka bertumpu di pantai timur Semenanjung.
Berikutan daripada situasi ini, Jabatan menjangkakan hujan lebat berterusan akan melanda negeri-negeri yang dinyatakan dalam tempoh 7 hingga 10 Disember 2017.
SUMBER :
Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD)