50 Buah Kenderaan Mengalami Kerosakan Tayar Pecah Di Lebuhraya Seremban?

TULAR:
800
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat 50 buah kenderaan mengalami kerosakan tayar pecah akibat melanggar sebatang kayu berpaku di kilometer 26 Lebuhraya Seremban Port Dickson arah Seremban ke Port Dickson sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut PDRM, bukan 50 tetapi sekitar 20 buah kenderaan terlanggar sebatang kayu berpaku di kilometer 26 Lebuhraya Seremban Port Dickson arah Seremban ke Port Dickson.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, “Dan individu yang membuat laporan polis menyatakan sekitar 20 kenderaan yang terlibat dalam insiden itu bukan 50 seperti yang tular.”

SUMBER:

PDRM Negeri Sembilan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI