Penggantungan Produk Dengvaxia Oleh Negara Filipina?

TULAR:
240

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan mengenai produk Dengvaxia serta penggantungan produk tersebut oleh negara Filipina sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: CBS News

KKM ingin memaklumkan bahawa produk Dengvaxia ini belum dipasar atau digunakan di mana-mana fasiliti kesihatan samada di sektor awam ataupun swasta di Malaysia. Produk ini juga tidak diluluskan sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan oleh KKM.

Untuk makluman, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia hanya memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat selama dua tahun pada 25 November 2016 kepada produk Dengvaxia keluaran syarikat Sanofi Pasteur. Kelulusan diberikan hanya untuk digunakan untuk kajian klinikal fasa 4, iaitu kajian pasca pendaftaran (post registration Phase IV clinical trial) bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung keselamatan produk tersebut.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama

Sinar Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI