Kerajaan Merancang Untuk Menaikkan Kadar GST Selepas Pilihan Raya Umum ke-14?

TULAR:
752

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya kerajaan merancang untuk naikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun selepas PRU14.

Kata beliau, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun selepas PRU14 dan kadar itu akan kekal enam peratus.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU14.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI