Waspada Jangkaan Hujan Yang Berterusan Sehingga 29 November 2024

TULAR:
47

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dan sentiasa peka dengan maklumat dan amaran hujan berterudan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia. Ia meliputi 3 seksyen amaran seperti berikut:

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu • Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat, 29 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) • Johor (Mersing) sehingga Jumaat, 29 November 2024.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) • Pahang (Raub dan Bentong) • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Jumaat, 29 November 2024.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia

Instagram Rasmi MET Malaysia

X Rasmi MET Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI