Waspada Modus Operandi Sindiket Penipuan Pelaburan Di Platform TikTok

TULAR:
151

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK):

Polis mendedahkan aplikasi TikTok menjadi pilihan sindiket penipuan untuk mencari mangsa dengan mempromosi skim pelaburan palsu, susulan aplikasi tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, sejak 2021 hingga Oktober 2024, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus dengan 131 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 berbanding 59 kes pada 2023, 2022 (27 kes) dan 2021 (13 kes).

Beliau turut menambah bahasa perkembangan pesat penggunaan media sosial di Malaysia jelas mengundang peningkatan dalam kes penipuan.

“Kecanggihan teknologi, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa.”

Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang iklan pelaburan melalui media sosial tanpa pengesahan sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

X Rasmi PDRM

Instagram PDRM

Astro Awani

Berita RTM

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI