Menurut Majlis Daerah Rompin:
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies ‘Physalia physalis’ atau lebih dikenali sebagai ‘Portuguese man o’war’ yang terdampar sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin.
Spesies yang diklasifikasikan di bawah kumpulan hydrozoan marin itu mudah dikenali dengan warna kebiruan lutsinar.
Kesan sengatan ubur-ubur Portuguese man o’ war (Physalia physalis) dapat menyebabkan:
- Rasa sakit pada kulit
- Kulit terasa panas dan kemerahan
- Melepuh
- Rasa kebas
- Gatal
- Sakit perut
- Muntah
- Pening
Sengatan ubur-ubur ini dapat dilihat seawal 3 minit. Jika disengat, disarankan untuk segera mendapatkan rawatan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh hidupan beracun itu termasuk yang telah mati kerana boleh memberi kesan berbahaya.
SUMBER:
Facebook Rasmi Majlis Daerah Rompin