WASPADA :
Orang ramai terutamanya di daerah Kuantan diminta berwaspada dengan kes pecah rumah yang semakin meningkat.
Polis Kuantan memaklumkan kejadian pecah rumah di daerah Kuantan semakin membimbangkan.
Menurut Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali, jumlah kes yang direkodkan sejak Januari sehingga Julai meningkat sehingga 37 kes berbanding beberapa kes untuk tempoh sama, pada tahun 2017.
“Modus operandi yang digunakan pula adalah pecah rumah menerusi bumbung dan perbuatan mereka sangat licik sehingga tidak disedari jiran tetangga. Justeru, penduduk kawasan perumahan dinasihatkan meningkatkan kesedaran dengan semangat kejiranan serta cakna keadaan sekeliling.”
SUMBER :
Sinar Harian