Pelajar UiTM Dengkil Jatuh Bangunan Kerana Buaian Yang Dipasang Di Atas Balkoni Biliknya?

TULAR:
6286

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah bangunan adalah disebabkan oleh mangsa yang terjatuh dari buaian (hammock) yang dipasang di atas palang balkoni luar biliknya.

Sumber gambar: Twitter.

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz menafikan dakwaan yang tular dalam laman sosial bahawa kematian Nik Muhammad Addin disebabkan terjatuh dari buaian (hammock) yang dipasang mangsa di atas palang balkoni luar biliknya.

Menurutnya, penuntut UiTM itu terjatuh ketika duduk di atas palang besi balkoni luar bilik asramanya dan dipercayai tergelincir kerana gagal mengimbangi badan sebelum terjatuh dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam.

“Rakaman percakapan rakannya yang turut berada di situ menunjukkan mangsa sedang bercakap di telefon sambil duduk atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan dan secara tiba-tiba tergelincir lalu jatuh.”

Tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI