Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Akan Lebih Membebankan Rakyat?

TULAR:
1586

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkadar 10 peratus cukai untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan akan lebih membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guang Eng, cukai SST tidak akan membebankan rakyat berbanding cukai GST memandangkan kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan ‘memulangkan’ perbezaan RM23 bilion dari RM44 bilion unjuran GST bagi 2018 kerajaan terdahulu kepada mereka.

“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bermakna kadar cukai adalah pada 16 peratus, lebih tinggi berbanding enam persatu GST. Ini adalah tidak benar dan amat mengelirukan, kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan (sales tax) dan cukai perkhidmatan (services tax).”

Beliau menambah, sebaliknya, cukai SST dikenakan ke atas produk dikilangkan dan produk yang diimport yang tertentu, dan bukan ke atas semua produk yang diproses, seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST.

Cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus dikenakan ke atas perkhidmatan yang tertentu sahaja, dan bukan semua jenis perkhidmatan, seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST. Oleh itu katanya, adalah salah untuk mendakwa cukai jualan 10 peratus adalah lebih tinggi daripada cukai GST enam peratus.

Sumber:

Astro Awani

Sinar Harian

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI