Amaran Serangan Siber ‘Ransomware’ Di Platform Perbankan Dan Pembelian Dalam Talian Di Malaysia?

TULAR:
727

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula di media sosial, dakwaan kononnya terdapat amaran serangan siber ‘ransomware’ telah merebak ke platform perbankan dan pembelian dalam talian di Malaysia.

Versi Terkini. Tular: Julai 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mei 2017

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada tahun 2017:

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dalam pada itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menyatakan bahawa mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar,

Persatuan itu berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.

Selain itu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (National Cyber Coordination and Command Centre (NC4)) telah mengeluarkan amaran dan nasihat kepada orang awam serta organisasi, yang menjelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dan panduan bagi melindungi sistem masing-ma­sing daripada ancaman ransomware WannaCry.

SUMBER:

The Star

ABM

Majlis Keselamatan Negara (MKN)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI