Waspada Laman Sesawang Palsu Yang Menggunakan Nama KWSP

TULAR:
2088

WASPADA:

Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan satu laman sesawang palsu yang menggunakan nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan bertujuan memperdaya dan mencuri data akaun simpanan KWSP melalui soalan kaji selidik.

Versi Laman Sesawang:

Sumber gambar: Facebook

Versi Whatsapp:

Sumber gambar: Whatsapp

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Kami ingin mengingatkan anda agar tidak memberi maklum balas kepada LAMAN WEB PALSU yang kini semakin tular melalui media sosial yang bertujuan memperdaya dan mencuri data akaun simpanan KWSP anda.

Ingin ditegaskan bahawa laman-laman web tersebut bukanlah milik KWSP dan kami menggesa agar anda TIDAK MENJAWAB kaji selidik dan TERPEDAYA dengan tawaran palsu bagi mengelakkan data peribadi anda dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Facebook Rasmi KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI