2 Pesakit Cina Yang Dijangkiti Koronavirus 2019-nCoV Telah Dimasukkan Ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar?

TULAR:
1358

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak Koronavirus telar menular di Alor Setar. Dua orang pesakit cina yang positif Koronavirus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Mesej yang tular tersebut juga mendakwa sebuah khemah besar telah didirikan di kawasan kecemasan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Hospital Sultanah Bahiyah:

Adalah dimaklumkan bahawa sehingga ke hari ini (30 Januari 2020), pihak hospital hanya menjalankan saringan ke atas seorang pesakit sahaja dan pesakit itu hanya dirawat sebagai influenza dan bukannya jangkitan coronavirus. Dakwaan yang mengatakan terdapat dua lelaki cina telah disaring atas kes Coronavirus adalah tidak benar.

Untuk makluman juga, khemah di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah didirikan adalah untuk tujuan saringan dan pemeriksaan NCoV 2019. Selain itu, arahan pemakaian topeng muka oleh kakitangan hospital yang bertugas di zon klinikal dan triaj telah lama dipraktikkan. Sememangnya amalan pemakaian topeng muka oleh kakitangan hospital adalah amalan biasa yang diguna pakai di semua zon klinikal hospital.

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Sultanah Bahiyah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI