Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman sesawang yang menawarkan langganan Netflix secara percuma selama 2 bulan sepanjang tempoh kuarantin COVID-19.
Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, laman sesawang tersebut mungkin mempunyai perisian hasad (malware) dan digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna (phishing).