Makluman Permohonan Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Sepanjang Tempoh PKP

TULAR:
10069

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

Merujuk kepada kenyataan media MCMC bertarikh 29 Mac iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN): Tiada Golongan Yang Akan Tercicir, beberapa inisiatif ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi tertentu bernilai RM1 bilion meliputi usaha-usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi dan pakej khas.

Antara pakej khas yang ditawarkan ialah Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Ini termasuk pemberian internet berkelajuan tinggi percuma 1GB setiap hari, daripada 8 pagi sehingga 6 petang sepanjang tempoh PKP.

Pelanggan digalakkan untuk menghubungi terus, merujuk kepada soalan-soalan lazim (FAQ) atau melayari laman sesawang syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai kaedah penebusan data percuma 1GB dan juga pakej-pakej terkini yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI