Hebahan Maklumat Kononnya Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee, Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
1697

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada mesej berangkai yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan hebahan maklumat Kes Positif COVID-19 di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor adalah tidak benar.

Untuk makluman, JKN Johor ingin menafikan maklumat berkaitan dan masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dikalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI