WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan laman sesawang yang mendakwa kononnya syarikat Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas mempromosi pelaburan mata wang kripto secara dalam talian. Antara nama platform pelaburan tersebut adalah ‘Bitcoin Loophole’, ‘Crypto Revolt’ dan yang terbaru ‘Bitcoin Era’.
Menurut Petronas:
Pihak Petronas ingin mengingatkan orang ramai bahawa pelaburan tersebut adalah penipuan secara berterusan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Petronas tidak terlibat atau tiada kaitan dalam sebarang platform mata wang kripto atau teknologi block-chain dan tidak akan sesekali mempromosi pelaburan tersebut kepada orang awam.