Waspada SMS Meminta Hubungi Nombor Yang Didakwa Daripada Pihak BSN

TULAR:
379

WASPADA:

Orang ramai diminta berwaspada sekiranya menerima SMS untuk menghubungi nombor 1-800-81-3124, yang mendakwa kononnya daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sumber gambar: Whatsapp

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN):

Anda diingatkan untuk TIDAK menghubungi nombor tersebut dan mendedahkan sebarang maklumat perbankan anda.

BSN tidak pernah memohon maklumat peribadi yang sensitif daripada pelanggan melalui panggilan telefon, SMS atau emel.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang identiti pemanggil, nombor telefon atau emel, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 untuk pengesahan.

SUMBER:

Laman Rasmi BSN

Facebook Rasmi BSN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI