Waspada Laman Sesawang Yang Menggunakan Nama Petronas Bagi Pelaburan Mata Wang Kripto

TULAR:
904
Sumber gambar: Twitter

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan laman sesawang yang mendakwa kononnya syarikat Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas mempromosi pelaburan mata wang kripto secara dalam talian. Antara nama platform pelaburan tersebut adalah ‘Bitcoin Loophole’, ‘Crypto Revolt’ dan yang terbaru ‘Bitcoin Era’.

Sumber gambar: petronas.com

Menurut Petronas:

Pihak Petronas ingin mengingatkan orang ramai bahawa pelaburan tersebut adalah penipuan secara berterusan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pihak Petronas tidak terlibat atau tiada kaitan dalam sebarang platform mata wang kripto atau teknologi block-chain dan tidak akan sesekali mempromosi pelaburan tersebut kepada orang awam.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi Petronas


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI