WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket penipuan atas talian dengan mengugut untuk membekukan akaun wang mangsa jika gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mereka.
Polis Diraja Malaysia mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank) memaklumkan anda terlibat dengan kegiatan haram, memenangi ‘Lucky Draw’ dan sebagainya serta mengarahkan anda supaya memindahkan wang daripada akaun persendirian ke akaun yang tidak diketahui.