Tulang Khinzir Dalam Kolam Ikan Patin?

TULAR:
5138

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat tulang khinzir dalam kolam ikan patin di daerah Batu Gajah, Perak.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan  Jabatan Perikanan Malaysia:

Jabatan Perikanan Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap isu ini dan mendapati bahawa ianya adalah isu terdahulu pada tahun 2014.

Pihak jabatan telah mengambil tindakan sewajaranya terhadap isu ini dan premis tersebut telah pun ditutup.

Hasil siasatan terkini, pihak jabatan mendapati premis tersebut tidak beroperasi dan tiada aktiviti dijalankan di kawasan tersebut.

Jabatan Perikanan Malaysia akan terus komited menjalankan pemantauan aktiviti ternakan ikan di Negeri Perak bagi memastikan pengeluaran ikan tempatan mematuhi piawaian keselamatan makanan Negara, termasuk program pemantauan DNA Khinzir oleh Unit Biosekuriti, Jabatan Perikanan Negeri Perak.

SUMBER:

Jabatan Perikanan Negeri Perak


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI