Kejadian Kematian Kanak-Kanak Akibat Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut?

TULAR:
679

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat kematian yang berlaku disebabkan oleh penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar, setakat ini penyakit berkenaan berada pada tahap terkawal dan tiada kematian dilaporkan disebabkan oleh penyakit HFMD.

“Kita bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan segera dan setakat ini tiada kematian dilaporkan. Penyakit ini endemik dan ia sedia ada, namun ia berada pada tahap terkawal.”

Mengulas lanjut, beliau berkata 31,087 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 14 Julai lepas berbanding hanya 21,841 kes dalam tempoh sama pada 2017.

Ujarnya lagi, ibu bapa  kanak-kanak yang mempunyai gejala HFMD adalah dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam atau membenarkan mereka ke pusat-pusat jagaan itu selain memastikan kebersihan semua peralatan dan alat permainan dengan bahan cucian yang sesuai.

SUMBER :

Astro Awani

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI