Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Taktik meniru suara ahli keluarga atau rakan dengan tujuan untuk meminjam sejumlah wang adalah helah terbaharu yang digunakan oleh ahli sindiket penipuan dalam talian.
Selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka sebelum meminta wang yang diperlukan.
Anda dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu latar belakang pemanggil sebelum membuat transaksi sepertimana yang diminta.