Tiada PKPD Dikenakan Di Kampung Gunung Pulai

TULAR:
973

Menurut Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, kawasan Kampung Gunung Pulai dekat Kulai, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas.

Beliau menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan berkenaan.

“Memang ada kes (Covid-19) dan pengawalan, pengesanan kontak dan saringan dijalankan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.

“Setelah itu, peringkat daerah akan beri cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri untuk dibawa ke MKN Kebangsaan dengan nasihat KKM, barulah ditentukan sama ada hendak dibuat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKPD,” katanya.

SUMBER:

Bernama
Facebook Rasmi Polis Johor
Berita Harian
Astro Awani
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI