Tiada Pekerja Panjat Pagar Keluar Dari Kawasan PKPD Top Glove

TULAR:
2126

Polis menjelaskan tiada pekerja di asrama Top Glove Meru, Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memanjat pagar untuk keluar daripada kawasan itu.

Jurucakap Khas Ops COVID-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap gambar tular di media sosial yang memaparkan pekerja lelaki memanjat pagar asrama berkenaan mendapati, perbuatan itu (memanjat pagar) berlaku pada hari pertama PKPD , semasa pekerja itu hendak masuk ke asrama mereka, dan bukannya untuk keluar dari kawasan itu.

Beliau berkata insiden memanjat pagar itu berlaku pada hari pertama PKPD di asrama pekerja Top Glove 17 Nov lepas, semasa ujian saringan COVID-19 belum dilaksanakan.

“Mereka memanjat pagar sebagai jalan mudah untuk masuk semula ke asrama kerana ketika itu kawad duri sedang dipasang oleh anggota penguat kuasa yang bertugas,” katanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor
Sinar Harian
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI