Infografik Yang Tular Di Saluran Telegram Adalah Tidak Benar

TULAR:
2343

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Terdapat cubaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj infografik yang disediakan oleh pihak KKM.

Untuk makluman, saluran telegram tersebut bukan milik KKM. Tindakan tersebut boleh mengelirukan orang awam. Mohon untuk tidak menjadikan platform lain sebagai sumber maklumat bagi mendapatkan informasi terkini COVID-19 di Malaysia selain daripada akaun rasmi media sosial KKM.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI