Waspada Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tidak Dikenali Yang Menyamar Sebagai Ahli Keluarga Atau Rakan

TULAR:
2436

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Taktik meniru suara ahli keluarga atau rakan dengan tujuan untuk meminjam sejumlah wang adalah helah terbaharu yang digunakan oleh ahli sindiket penipuan dalam talian.

Selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka sebelum meminta wang yang diperlukan.

Anda dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu latar belakang pemanggil sebelum membuat transaksi sepertimana yang diminta.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI