• UTAMA
  • NASIONAL
    • Bencana
    • Ekonomi
    • Keselamatan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan
    • Urus Tadbir
    • Integriti Pilihanraya
    • Agama
  • SOSIAL
    • Jenayah
    • Kesihatan
    • Kepenggunaan
  • INFO
    • Do you know…How to handle fake news?
    • Cara Tangani Troll
    • Elak Manipulasi Isu Sensitif
    • Membudayakan Penggunaan Internet Secara Berhemah & Beretika
    • Sisi Gelap Internet
    • Kawal Emosi, Elak Komen Jelik
    • Kandungan Palsu Susahkan Masyarakat
    • Awasi Anak-Anak Guna Internet
  • LOGO
  • PRN 15
  • TULAR SEMULA
  • SALUR KEPADA KAMI
CARIAN
Sign in
Welcome! Log into your account
Forgot your password? Get help
Password recovery
Recover your password
A password will be e-mailed to you.
SEBENARNYA.MY
  • UTAMA
  • NASIONAL
    • Bencana
    • Ekonomi
    • Keselamatan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan
    • Urus Tadbir
    • Integriti Pilihanraya
    • Agama
  • SOSIAL
    • Jenayah
    • Kesihatan
    • Kepenggunaan
  • INFO
    • Do you know…How to handle fake news?
    • Cara Tangani Troll
    • Elak Manipulasi Isu Sensitif
    • Membudayakan Penggunaan Internet Secara Berhemah & Beretika
    • Sisi Gelap Internet
    • Kawal Emosi, Elak Komen Jelik
    • Kandungan Palsu Susahkan Masyarakat
    • Awasi Anak-Anak Guna Internet
  • LOGO
  • PRN 15
  • TULAR SEMULA
  • SALUR KEPADA KAMI
  • SOSIAL
  • Jenayah

Waspada Penipuan Melalui Akaun WhatsApp

TULAR: 21/01/2021
27325
  • tweet

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.

MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:

  1. Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
  2. Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
  3. Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan.
    • Scammer kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan;
      atau
    • Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna, untuk mengakses rakaman tersebut.

Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar:

  1. Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut:
    • mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga);
    • mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau
    • pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain- lain pihak termasuklah pihak berkuasa.
  2. Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.
  3. Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah(two-step verification). Ikuti aturan tetapan WhatsApp Settings >Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang disediakan. (Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).
  4. Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.
  5. Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.

Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.
(Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).

Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:

Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my
E-mel: [email protected]
WhatsApp: 016 – 220 6262

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MCMC

Facebook Rasmi MCMC

WhatsApp FAQ 1

WhatsApp FAQ 2


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
Artikel SebelumWaspada Akaun Media Sosial Palsu Yang Menggunakan Nama MAVCOM
Artikel SelepasPekerja Wanita Disaman Kerana Tidak Mematuhi Beberapa SOP
Kuntum

ARTIKEL BERKAITANLAIN-LAIN

Waspada Sebarang Penjualan Produk Komersil Yang Menyalahgunakan Logo KTMB Tanpa Kebenaran

Waspada Terhadap Tawaran Kerja Yang Menyalahgunakan Gambar Pengurusan TNB

Dakwaan YAB Perdana Menteri Meluluskan Bantuan RM1,500 Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Dan Warga Emas Bermula 22 Hingga 28 Februari 2026 Adalah Tidak Benar

Sebaran Poster “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” Di Media Sosial Adalah Tidak Benar

Semakan Status dan Tuntutan Bantuan Ramadan Sebanyak RM500 One-Off Adalah Tidak Benar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Gabenor BNM Melalui Akaun Media Sosial

March 2026
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Feb    
ARTIKEL LAIN
  • Makluman: Cuaca Panas dan Kurang Hujan di Semenanjung Dijangka Berterusan Hingga 18 Mac 2026
  • Waspada Sebarang Penjualan Produk Komersil Yang Menyalahgunakan Logo KTMB Tanpa Kebenaran
  • Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 12 Mac hingga 18 Mac 2026
  • Makluman: Kerajaan Kekal Subsidi Bersasar Bahan Api Susulan Kenaikan Harga Minyak Global
  • Makluman: Cuaca Panas dan Kurang Hujan di Semenanjung Dijangka Berterusan Hingga 15 Mac 2026
©
2023 - Malaysian Communications and Multimedia Commission
Edit with Live CSS
Save
Write CSS OR LESS and hit save. CTRL + SPACE for auto-complete.