Waspada Akaun Media Sosial Palsu Yang Menggunakan Nama MAVCOM

TULAR:
837

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM):

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Suruhanjaya) memandang serius dan ingin memberikan peringatan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial palsu yang telah dikenalpasti menggunakan nama Suruhanjaya, logo dan pautan URL Suruhanjaya tanpa kebenaran. Pihak Suruhanjaya telah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan akaun-akaun media sosial palsu yang dikesan kini telah digantung secara kekal.

Pihak Suruhanjaya ingin memberi amaran dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap akaun media sosial palsu yang dicipta oleh individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan memperdayakan orang ramai. Orang ramai diseru agar tidak berkomunikasi atau berkongsi maklumat dengan mana-mana akaun media sosial palsu yang diwujudkan dengan tujuan berniat jahat.

Akaun media sosial dan laman web rasmi Suruhanjaya adalah seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/flysmartmy/
Facebook: https://www.facebook.com/FlySmartMy/
Laman web MAVCOM: https://www.mavcom.my/
Laman web FlySmart: https://flysmart.my/

Pihak Suruhanjaya tidak memiliki akaun media sosial di mana-mana platfom selain daripada akaun FlySmart yang disenaraikan di atas. FlySmart adalah inisiatif Suruhanjaya untuk memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan.

Sila laporkan sebarang aktiviti media sosial yang mencurigakan yang berkaitan dengan MAVCOM kepada [email protected].

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MAVCOM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI