• UTAMA
  • NASIONAL
    • Bencana
    • Ekonomi
    • Keselamatan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan
    • Urus Tadbir
    • Integriti Pilihanraya
    • Agama
  • SOSIAL
    • Jenayah
    • Kesihatan
    • Kepenggunaan
  • INFO
    • Do you know…How to handle fake news?
    • Cara Tangani Troll
    • Elak Manipulasi Isu Sensitif
    • Membudayakan Penggunaan Internet Secara Berhemah & Beretika
    • Sisi Gelap Internet
    • Kawal Emosi, Elak Komen Jelik
    • Kandungan Palsu Susahkan Masyarakat
    • Awasi Anak-Anak Guna Internet
  • LOGO
  • PRN 15
  • TULAR SEMULA
  • SALUR KEPADA KAMI
CARIAN
Sign in
Welcome! Log into your account
Forgot your password? Get help
Password recovery
Recover your password
A password will be e-mailed to you.
SEBENARNYA.MY
  • UTAMA
  • NASIONAL
    • Bencana
    • Ekonomi
    • Keselamatan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan
    • Urus Tadbir
    • Integriti Pilihanraya
    • Agama
  • SOSIAL
    • Jenayah
    • Kesihatan
    • Kepenggunaan
  • INFO
    • Do you know…How to handle fake news?
    • Cara Tangani Troll
    • Elak Manipulasi Isu Sensitif
    • Membudayakan Penggunaan Internet Secara Berhemah & Beretika
    • Sisi Gelap Internet
    • Kawal Emosi, Elak Komen Jelik
    • Kandungan Palsu Susahkan Masyarakat
    • Awasi Anak-Anak Guna Internet
  • LOGO
  • PRN 15
  • TULAR SEMULA
  • SALUR KEPADA KAMI
  • SOSIAL
  • Jenayah

Waspada Penipuan Melalui Akaun WhatsApp

TULAR: 21/01/2021
27409
  • tweet

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.

MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:

  1. Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
  2. Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
  3. Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan.
    • Scammer kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan;
      atau
    • Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna, untuk mengakses rakaman tersebut.

Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar:

  1. Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut:
    • mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga);
    • mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau
    • pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain- lain pihak termasuklah pihak berkuasa.
  2. Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.
  3. Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah(two-step verification). Ikuti aturan tetapan WhatsApp Settings >Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang disediakan. (Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).
  4. Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.
  5. Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.

Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.
(Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).

Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:

Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my
E-mel: [email protected]
WhatsApp: 016 – 220 6262

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MCMC

Facebook Rasmi MCMC

WhatsApp FAQ 1

WhatsApp FAQ 2


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


Share this:

  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
Artikel SebelumWaspada Akaun Media Sosial Palsu Yang Menggunakan Nama MAVCOM
Artikel SelepasPekerja Wanita Disaman Kerana Tidak Mematuhi Beberapa SOP
Kuntum

ARTIKEL BERKAITANLAIN-LAIN

Dakwaan Pelantikan Usahawan MARA Berhad Sebagai Agen Adalah Tidak Benar

Senarai Calon Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 Yang Tular Adalah Tidak Benar

Dakwaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tular di Media Sosial Adalah Tidak Benar

Waspada Terhadap Tawaran Kerja di Platform Palsu Yang Menyalahgunakan Nama dan Logo TNB

Dakwaan Menteri Dalam Negeri Meluluskan Kewarganegaraan Pendatang Cina Adalah Tidak Benar

Dakwaan Terdapat Unsur Komersial Perjanjian Tiga Gajah Malaysia Ke Jepun Adalah Tidak Benar

June 2026
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May    
ARTIKEL LAIN
  • Makluman: Syarikat Pelancongan Didenda Rm8,000 Kerana Gagal Menggunakan Khidmat Pemandu Pelancong Berlesen
  • Penjelasan Berhubung Pengiktirafan Program Farmasi Universiti Alexandria, Mesir
  • Makluman: Perubahan Gerbang Pembayaran
  • Makluman Penutupan Jalan Sempena Program Shah Alam Tampa Kenderaan (SAHTK)
  • Makluman: Penutupan Jalan di Jambatan Jalan Yew Bagi Kerja- Kerja Launching Beam untuk Projek Peningkatan dan Pelebaran Jalan
©
2023 - Malaysian Communications and Multimedia Commission
Edit with Live CSS
Save
Write CSS OR LESS and hit save. CTRL + SPACE for auto-complete.