Waspada Peralihan Monsun Yang Dijangka Bermula Dari 28 September Sehingga Awal November 2018

TULAR:
689

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan fasa peralihan monsun yang dijangka akan bermula pada 28 September 2018 sehingga awal November 2018 secara berterusan.

Sumber gambar: Facebook MMD

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD):

Tempoh peralihan monsun dijangka bermula pada 28 September 2018 dan berterusan sehingga awal November 2018. Permulaan fasa peralihan monsun ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya. Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah.

Lazimnya, kejadian hujan lebat dan ribut petir dalam jangkamasa yang singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

SUMBER:

Facebook Rasmi MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI