WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan beberapa poster dana Tabung Harapan Malaysia (THM) yang mengandungi nombor akaun palsu.
Salah satu poster itu yang mirip poster rasmi THM yang dimuatnaik dalam laman Facebook Kementerian Kewangan disebarkan menerusi WhatsApp. Namun ia mengandungi nombor akaun palsu yang tidak wujud.
Nombor akaun rasmi THM adalah 5660 1062 6452. Nombor akaun Maybank itu dengan nama pemegang akaun yang disenaraikan sebagai ‘Tabung Harapan Malaysia’. Hanya sumbangan dalam bentuk ringgit sahaja akan diterima.
Mereka yang memasukkan wang ke akaun tersebut dinasihatkan supaya memeriksa nombor dan nama pemegang akaun sebelum mengesahkan transaksi.