Waspada Memilih Cendawan Untuk Dimakan

TULAR:
1687

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memilih cendawan untuk dimakan.

Sumber gambar: Twitter

Menurut kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memilih cendawan untuk dimakan. Sebaiknya hanya memakan spesis cendawan/kulat yang biasa dimakan ataupun yang dijual secara komersial di pasaran dan disahkan selamat.

Sebagai contoh, kebanyakan cendawan liar yang menyebabkan keracunan makanan merupakan dari spesis Chlorophyllum molybdites yang seakan menyerupai cendawan busut. Cendawan liar mudah tumbuh di mana-mana terutamanya pada musim hujan. Masyarakat dinasihatkan tidak mengambil cendawan liar untuk dimakan kerana cendawan yang beracun dan tidak beracun mungkin tumbuh berdekatan pada masa yang sama.

Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan gejala iritasi gastrointestinal seperti loya, muntah dan cirit birit, gejala neurologikal seperti kecelaruan fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala. Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury). Manakala kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Orang ramai dinasihatkan segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat selepas memakan cendawan.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI