Harga Rokok Tidak Turun Walaupun Dengan GST Berkadar Sifar?

TULAR:
582

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memperjelaskan laporan bahawa harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok adalah kekal walaupun dengan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah ditetapkan pada kadar sifar.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan MOF:

Kerajaan telah menetapkan supaya harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun 2018. Kerajaan berpendirian dan menegaskan bahawa harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok tidak boleh diturunkan. Ini kerana ia merupakan  produk yang membahayakan kesihatan dan sebarang penurunan harga jualan runcit akan dianggap sebagai suatu bentuk promosi secara tidak langsung serta bertentangan dengan Peraturan 5A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Pengekalan harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok juga adalah selaras dengan komitmen antarabangsa di bawah Artikel 6, World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control yang mengiktiraf langkah percukaian dan mekanisma kawalan harga adalah berkesan dalam menurunkan permintaan terhadap hasil tembakau.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI