Penjelasan Mesej Tular Berkenaan Makanan Haiwan Ternakan

TULAR:
317

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan isu tular makanan haiwan ternakan. Kepada pengguna yang dihormati, isu tular yang berlegar tersebut merupakan isu tular dari tahun 2007 yang diviralkan semula.

Untuk makluman pengguna, sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan. Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 2 Jun 2023 berkenaan isu ini. Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/2023/KENYATAAN%20MEDIA/Whatsapp_tular_tentang_status_halal_makanan_ternakan.pdf

Sehubungan itu, masyarakat pengguna tidak perlu meragui akan produk ayam keluaran industri yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Ingat, Semak Sebelum Sebar.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui: https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama

Artikel terdahulu 2018

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI