Surat Pembayaran SST Dari Kastam Meminta Penerima Membuat Pembayaran Adalah Tidak Benar

TULAR:
194

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan Surat Palsu yang meminta penerima surat membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggunakan nama dan tanda tangan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu kepada sumber rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenai apa-apa maklumat yang diterima.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Instagram Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

X Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI