Penjelasan Isu Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Syarikat Alagappa

TULAR:
654

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkaitan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi syarikat Alagappa Flour Mills Sdn. Bhd.

⁠Untuk makluman pengguna, penarikan balik SPHM syarikat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020. Walau bagaimanapun, status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat sebelum 12 Mac 2024 adalah tidak terjejas. Penarikan SPHM tersebut juga telah dimaklumkan sendiri oleh pihak syarikat melalui kenyataan bertulis yang dikeluarkan dan pihak syarikat telah membuat tindakan pembetulan dan disusuli permohonan semula SPHM berdasarkan pautan berikut:

https://www.facebook.com/share/p/dSRncDYwjwsMuVMm/?mibextid=oFDknk

Bahagian ini juga turut meneliti di ruangan komen yang terus menjatuhkan hukum haram kepada produk-produk yang ditarik atau tidak dipersijilkan halal. Suka untuk diingatkan bahawa sesuatu produk yang tidak dipersijilkan halal atau tidak mempunyai SPHM bukan membawa maksud produk tersebut adalah haram. Namun, sekiranya satu-satu produk tersebut menerima SPHM maka, ia pastinya telah memenuhi keperluan yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan standard halal serta peraturan yang berkuat kuasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM

Instagram Rasmi JAKIM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI