Khabar Angin Harga Petrol RON95 Dan Diesel Akan Naik Sebelum Aidilfitri Adalah Tidak Benar

TULAR:
189

Menurut kenyataan YB Menteri Ekonomi:

YB Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri selepas pelaksanaan subsidi bersasar.

Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut tidak betul. Kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat.

Menurut beliau, kerajaan juga mengumumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas kerana apabila melihat kepada garis masa, kita memang perlukan suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama untuk menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai.

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI