Waspada Tawaran Perkhidmatan Pengisian PADU Secara Berbayar

TULAR:
159

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sungai Petani:

Tular di media sosial mengenai individu yang menawarkan perkhidmatan pengisian PADU dan mengenakan cas bayaran bagi perkhidmatan yang diberi.

Pihak DOSM menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan menegaskan tidak pernah melantik individu luar dan mengenakan cas bayaran bagi perkhidmatan pengisian PADU tersebut.

Pihak DOSM juga menasihatkan orang ramai yang menghadapi kesukaran dalam pengisian PADU agar pergi ke Pejabat Perangkaan atau kaunter fizikal PADU di NADi yang berhampiran kawasan anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi DOSM Sungai Petani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI