Dakwaan Tiada Penganjuran Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Pada Tahun 2024 Adalah Tidak Benar

TULAR:
798

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Menteri Besar Pahang:

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri berbesar hati untuk menganjurkan majlis itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), kerana kali terakhir Pahang menjadi tuan rumah ialah pada 2014.

Beliau juga menyifatkan pemilihan Pahang selaku penganjur sebagai penghormatan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada kerajaan negeri dan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan majlis.

Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam (6) hari bermula 23 Mei 2024.

SUMBER:

Astro Awani

eMTHQK

BHarian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI