Terdapat Unsur Penipuan Bagi Permohonan Pertukaran Guru?

TULAR:
722

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat unsur penipuan bagi permohonan pertukaran guru.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataaan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

KPM ingin menjelaskan bahawa tuduhan yang ditular tersebut adalah amat berat melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM. Sehubungan itu, KPM telah membuat satu laporan polis di Bali Polis Presint 7, Putrajaya pada 3 Jun 2018. Laporan polis tersebut dibuat bertujuan supaya pihak polis mejalankan siasatan terperinci terhadap pihak yang membuat tuduhan serta menularkannya di media sosial. Dalam masa sama, KPM juga telah menggerakkan satu sisatan dalaman berkaitan isu berkenaan. KPM juga ingin menasihatkan kepada guru-guru yang ingin memohon pertukaran, agar terus berhubung dengan KPM dan bukannya pihak luar atau pihak ketiga bagi mengelakkan unsur-unsur penipuan dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan permohonan pertukaran guru.

KPM juga ingin menegaskan bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu Kepentingan Perkhidmatan, Kekosongan Perjawatan serta Keperluan Opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.  Manakala alasan-alasan permohonan yang diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan pertukaran tersebut adalah melibatkan sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah sekolah dan lain-lain alasan munasabah dan wajar guru berkenaan. Perlu dijelaskan juga bahawa dalam membuat pertimbangan terhadap pertukaran guru serta kebajikan mereka, KPM juga perlu memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kepentingan pembelajaran murid.

KPM juga ingin memaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru dibuka sekali setahun menerusi Modul atas talian e-GTukar bermula 18 Februari 2018 hingga 25 Mac 2018. Semua permohonan tersebut diproses dengan dengan mengambilkira alasan-alasan pemohon berdasarkan wajaran seperti yang ditetapkan dalam sistem e-GTukar. Sementara keputusan terhadap kelulusan pertukaran tersebut dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat KPM.

SUMBER: 
Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI