Penamatan Perkhidmatan Ketua Kampung Oleh Kerajaan Johor Kejam?

TULAR:
591

PENJELASAN :

Kerajaan negeri Johor memperjelaskan dakwaan bahawa Kerajaan negeri Johor bertindak kejam terhadap ketua-ketua kampung yang ditamatkan perkhidmatan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Utusan Malaysia

Kerajaan negeri Johor menafikan bertindak kejam terhadap ketua-ketua kampung yang ditamatkan perkhidmatan kerana ia merupakan salah satu langkah penstrukturan semula pentadbiran di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Osman Sapian, kesemua mereka yang berkelayakan dan berkebolehan boleh memohon bagi lantikan semula sekiranya memenuhi kriteria .

Osman berkata walaupun kesemua mereka ditamatkan perkhidmatan, pemberian elaun tetap akan diteruskan iaitu sebanyak RM1,000 seorang sehingga lantikan ketua kampung yang baharu.

SUMBER :
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI