Waspada Modus Operandi Penipuan Harta Wasiat

TULAR:
1166
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan emel yang mendakwa penerima emel tersebut adalah pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

– Sindiket akan memaklumkan kepada mangsa bahawa anda telah dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia.

– Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan dari jabatan kerajaan tertentu, badan kehakiman, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa.

– Mangsa sama ada rakyat Malaysia sendiri atau luar negara yang kononnya datuk/moyang mereka pernah sewaktu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris selepas kematiannya.

– Dalam kes-kes seumpama ini, suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruskan perpindahan wang tersebut kepada mangsa.

– Mangsa berasa tertipu apabila mendapati harta yang dijanjikan tidak diperolehi dan individu yang berperanan sebagai orang tengah menghilangkan diri.

Nasihat PDRM:

– Abaikan emel atau mesej yang memaklumkan perkara sedemikian.

– Jangan sesekali memindahkan wang kepada sesiapa yang tidak dikenali melalui internet.

– Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya anda telah menjadi mangsa sindiket.

SUMBER : 
Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI