Kerajaan Akan Keluarkan Belanja Yang Tinggi Untuk Kos Penyiaran Piala Dunia 2018?

TULAR:
309

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya akan mengeluarkan belanja yang tinggi bagi menampung kos penyiaran Piala Dunia 2018 di Radio Televisyen Malaysia (RTM), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan tidak akan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM bernilai RM30 juta kerana telah menerima penajaan daripada pihak swasta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, “Sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang daripada tajaan pihak swasta dan pihak terbabit akan menerima pulangan daripada iklan-iklan yang disiarkan semasa siaran langsung perlawanan. Justeru, kerajaan tidak akan mengeluarkan satu sen pun bagi penyiaran Piala Dunia.”

SUMBER :

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI